Khamis, 10 September 2009

Langkah demi langkah - proses hantar dan terima barang kasar ke barang siap

assalamualaikum / salam sejahtera

saya ingin menjawab emel yang diberikan oleh seorang rakan yang berkunjung keblog ini. pertama sekali terima kasih kerana 'mengejutkan' saya dari lena yang panjang. dah dapat emel tu baru perasan semua tu memang tiada.

ok

soalan

1. boleh tak encik sisipkan caj-caj dan juga jenis hantaran yang encik buat ?

jawapan.

begini, saya bukannya taknak letak harga setiap gubahan sebab ia berbeza mengikut kehendak dan kemampuan klien. selain itu ia juga bergantung kepada harga barang-barang hiasan yang kadang-kadang berubah.
cuma kebiasaannya, saya akan meminta deposit dari RM300 ke RM700, bergantung kepada jumlah bilangan hantaran yang hendak dibuat (kasarnya untuk 5 ke 13 bilangan hantaran). dan selepas diambil kesemua hantaran-hantaran tersebut, barulah kiraan betul dilakukan dimana harga barang-barang dan upah rekaan dilakukan.
dahulu memang saya pernah tetapkan harga bagi sedulang hantaran. tetapi lama-kelamaan, saya dapati cara tersebut kadang-kadang tak adil kepada klien dan saya juga. bila harga barang tinggi, rugi pada saya, bila harga barang jatuh, rugi pada klien. saya nak buat bisnes yang halal dan suci. dapat duit secukup yang patut dan hidup pun selesa. sebabtu saya buat cara ambil deposit dahulu. ia lebih menyenangkan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.
untuk caj rekaan pula, belum pernah lagi naik atau turunkan harga iaitu RM15 ke RM20 untuk barang-barang biasa dan RM40 ke RM60 untuk bunga rampai dan sirih junjung serta RM20 ke RM30 untuk yang mahukan rekaan tertentu pada coklat dan manisan. semuanya bergantung kepada budget dan jenis rekaan dan bilangan.

2. berapa lama proses membuat hantaran tu sebelum ia boleh digunakan? apa yang perlu dihantar dahulu dan kemudian?

untuk soalan ni, biasanya saya praktikkan, ambil barang2 yang hendak direka sebulan sebelum majlis. barang-barang kering boleh diberi awal dan manakala barang-barang sensitif boleh bolehlah diberi sekurang-kurangnya dua ke tiga hari sebelum majlis.
contoh barang-barang kering adalah seperti kasut, beg, wallet dan sebagainya.
manakala contoh barang-barang sensitif adalah buah-buahan, coklat (packed. kalau coklat2 loosed yang nak direka, hantar awal la jugak yer), kek, kuih-muih dan makanan-makanan lain yang sudah di pek atau bungkus lebih awal.
untuk makanan seperti kuih-muih, kek, bahulu, cupcake, dan sebagainya yang belum di bungkus, di pek, sila berikannya awal untuk di bungkuskan. harga adalah berlainan mengikut corak rekaan. jarak masa seminggu dua adalah berbaloi untuk tujuan tersebut.
untuk kek pula, jika anda tidak mahu menggunakan kotak yang dibekalkan oleh pihak kedai kek, saya juga boleh mereka dan mencorak bekas khas untuk kek tersebut. cuma perlu diberikan spesifikasi saiz kek tersebut seperti panjang X lebar X tinggi sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bekas dibuat.

3. encik sediakan tak service penghantaran barang-barang hantaran tersebut?

biasanya TIDAK. Tetapi bergantung juga. kalau dekat dengan rumah dan bilangannya tak banyak, boleh jer, apa salahnya. sikit lebih kurang, insyaallah boleh...

4. Selain hantaran, encik buat tak service mengandam, hiasan bilik dan meja pengantin?

OH TIDAK!! eheheheheee... cukup la satu.. taknak gelojoh dan tamak sangat... duit boleh dicari dan rezeki mesti dicari. tapi saya tak cukup tangan nak buat semua. maklumlah one man show.. insyaallah kalau berjaya besarkan bisnes ni, saya akan built up satu team untuk semua perkara. aminkan doa saya dan doakan saya juga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan